Setelah hampir sebelas tahun iaitu dari thn 2000 liverpool tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan di Stadium Emirates stadium keramat Arsenal..Akhirnya...tanggal 20 Ogos 2011 menyaksikan Skuad kesayangan kite mengakhiri badi tersebut dengan kemenangan 2-0 ke atas skuad Arsenal yang menyaksikan The Gunner beraksi dengan 10 org pemain setelah salah seorang pemain Arsenal Emmanuel Frimpong di arah keluar padang.
Permainan separuh masa pertama seimbang dimana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Barisan serangan yg dikendalikan oleh Andy Caroll smbil dibantu oleh Stewart Downing banyak mengucar kacirkan barisan pertahanan Arsenal tetapi rezeki tidak menyebelahi The Reds...disamping itu ,arsenal juga turut melancarkan serangan balas utk menguji barisan pertahanan yg diketuai oleh Jose Enrique...
Jentera serangan The Reds berubah apabila kemasukan Luis Suarez serta Raul Meirelles menggantikan Andy Caroll dan Dirk Kuyt sehingga menyaksikan goal sendiri oleh Ramsay pada minit ke 78 apabila terdapat pergelutan di depan gawang Arsenal sekaligus menaikan semangat The Reds untuk berjuang habis-habisan.
Luis Suarez ibarat Harimau yg kelaparan apabila pantas menyambar peluang yg diberi kan Raul Meirelles untuk menjaringkan gol kedua sekaligus memberi 3 mata berharga utk The Reds..YNWA
fmk
No comments:
Post a Comment