respon pliz.. ^_^

we have drimz n song to sing!!! ^_^v


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Sunday 28 August 2011

Sekadar pesanan:: antara Team kesayangan dan Team Fantasy League...


                 Baru-baru ini heboh fenomena liga fantasi atau lebih dikenali Fantasy Premier League (FPL) dikalangan peminat bola sepak dialam maya ini...sana sini asyik dgn point pemain fantasy dorg termasuk diri ni.hehheeh .Tp perlulah kite ingat......Team Realiti dan Team Fantasi adalah sesuatu yg berbeza...yg mane Team Realiti adalah team yg kite pilih dan perlu la kite tunjuk sifat kesetiaan...Team Fantasy ni mcm team lalang la tetapi of course satu permainan yg sekadar memenuhi masa lapang rakan2 semua kan....

             hope xda la fans liverpool khususnya keluarga TIRF yg sanggup mengadaikan maruah team kesayangan mereka demi pemain pilihan mereka dlm fantasy league.

            Harap jgn la ada yg ckp "aku nk si LS7 dgn Insua sahaja yg score boleh kasi point fantasy aku naek..."<<<<sekadar contoh la kan..tp jgn sekali2 ckp mcm tu....xkire siapa yg score korg nye point sikit ke byk ke....JANGAN GADAIKAN MARUAH KORG demi GAME FANTASY NIH.

            Sebagai pemint setia LIVERPOOL lagi2 korg join group TIRF dlm rules dh terang lagi jelas no scummer in the team kan...dh tu klu guna xperlu kot join TIRF league dan xperlu join group TIRF jugak kot...jangan gak dengan berlagak nk post pasal scummers korg dpt point byk dan cube membangkitkan kemarahan keluarga yg lain..

p/s : Sekadar pesanan dari insan yg lemah ..same2 lah kite ingat mengingat antara satu sama  lain..YNWA..renung2kan selamat beramal

The Reds tunjukkan aksi mantap ketika bertemu Bolton



WELL DONE to our heroes...skuad THE REDS..


Perlawanan menentang Bolton merupakan aksi paling mantap dan kemas setakat 3 perlawanan melibatkan skuad The Reds ini...TERBAEK..!! 3 gol berbalas satu itu keputusan yg diperolehi oleh The Reds pagi td..


Barisan serangan yg ketuai oleh LS7 sentiasa menguji barisan pertahanan Bolton..
Mungkin bukan rezeki suarez utk menjaring gol mlm td dan sekaligus tidak dapat menyamai rekod pencapaian Robbie Fowler ...Rekod dimana Robbie fowler menjaringkan goal dlm ketiga2 perlawanan pembukaan pada masa yang lalu..its ok bro we will always support U..

Gol pertama hadir dan disumbangkan oleh Jordan Henderson pada  minit ke 15 babak pertama ..selepas cubaan downing yg menyambut hantaran suarez dinafikan oleh goalkeeper Bolton Jaaskelainen tetapi Henderson dengan pantas menyambar peluang yg terhidang didepan mata beliau dgn menyumbat gol disudut kiri Bolton dan merupakan gol pertama beliau utk skuad The Reds ....mmg TERBAEKK.....!!kecekalan , kemantapan pepe ketika menghadapi sepakan oleh pihak musuh juga harus dipuji..lagi2 minit ke 19 dimana pemain Bolton si Patrov menyambung hantran yg diberikan kepadanye dengan membuat sepakan deras menuju ke tiang gol dan Pepe berada di posisi yg tepat utk menyelamatkan keadaan...What a good save from Pepe....well done.Berakhirlah babak pertama......




Pabila bersambung babak ke 2....minit yg ke 52 satu sepakan sudut di bahagian kanan Bolton telah di ambil oleh Adam yg menyepak tepat ke dlm kotak penalti dan terus ditanduk masuk oleh Martin Skrtel dan GOALLLLL......(^_^)..terbangun girang peminat2 liverpool di SELURUH DUNIA termasuk kami di D'Stall..mmg SEMANGAT tgk game nih......


Bagai di rasuk.. pemain2 The Reds menambah duka sang Bolton seminit selepas goal Skrtel dimana goal tercipta melalui hantaran jauh Sang Tangan Ajaib Pepe  Reine disambut oleh Suarez yg kemudiannye membuat sepakan pendek ke arah Kuyt ..kuyt membuat hantaran kepada Adam yg kemudiannya membuat sepakan melepasi seorg pemain pertahanan Bolton dan  bola bergolek dengan cool ke arah sudut  kiri tiang goal dan GOOOOALLLLLLLL.....!!!


Bolton akhirnya berjaya mendapatkan goal saguhati pada masa tambahan melalui jaringan Klasnic...


Secara keseluruhan ...Fuhhhh...mmg terangkat time tgk kat d'stall td bersama2 rakan TIRF yg laen..
memang menghiburkan...memang mengasyik..memang TERBAEKK.....!! mungkin rezeki pemain-pemain baru menjaringkan goal malam td...bukan rezeki Downing..its ok bro..tunggu next game kamu kasi buka mata2 yg mengharapkan anda score..Keep the Faith




ini video goal2 yg dihasilkan malam tadi..enjoy guys...YNWA
..







Saturday 27 August 2011

Salam aidilfitri buat family TIRF ku~~~

pejam celik.. pejam celik da sampai penghujung bulan ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkatan..
Alhamdulillah buat pertama kalinya kita semua bersama-sama melaksanakan perintah-Nya di dalam keluarga TIRF ni.. ^_^

di penghujung bulan yang penuh dengan kemuliaan ni.. 
kami dengan rasa rendah diri memohon jutaan kemaafan kpd semua member di dalam keluarga TIRF ni seandainya selama penubuhan grup ini kami ada membuat sebarang komen atau ada di antara post yang telah meyakiti hati ahli di dalam keluarga ini secara sengaja atau pn tak sengaja yang telah kami lakukan.. 

kami hanya insan biasa yang tak kan terlepas dr membuat sebarang kesilapan..
so harapan kami agar kekurangan yg ada di dalam keluarga ni dapat di terima dan insyaAllah kami akan cuba utk memperbaiki segala kekurangan yg ada di dalam keluarga kita ni,,

tak lupa jugak ucapan terima kasih kami kepada semua kerna sudi utk bersama-sama dengan kami melaksanakan TIRF RULES AND REGULATION yg telah kami buat.. bukan utk menunjukkan sapa yang berkuasa hanya ingin mengingati diri sendiri dan juga orang lain erti sebenar sokongan utk kelab dan pasukan kesayangan kita semua.. sapa xmarah bila ada player yang xxperform?? perlukan kutukan di berikan?? utk siapa dorg bermain?? klo kita sendiri yg kutuk player kita sapa yg nak pertahan kn dorg dr kutukan penyokong pasukan lain?? pikir-pikirkan dan selamat beramal.. agagaga..

buat ahli keluarga yg balik ke kampung halaman.. semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.. 
berhati-hati la di jalan raya.. biarlah lambat sekali pun yang penting keselamatan diri serta orang-orang yang tersayang dapat di lindungi.. ^_^

akhir kata.. jutaan kemaafan kami pohon kepada semua.. semoga dengan kekurangan yang ada akan menjadikan kami dan kita semua lebih baik pada masa akan datang..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KELUARGA MERAH KU!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN
|YOU'LL NEVER RAYA ALONE|
^_^v

Ramadhan bakal meninggalkan kita,
syawal akan berkunjung tiba,
salam kemaafan buat familyku semua,
semoga bergembira dipagi raya..



~admin tirf~

Monday 22 August 2011

SUAREZ mula mendapat perhatian di akhbar Malaysia...(^_^)


petikan dari akhbar KOSMO

LONDON – Dua gol selepas dua perlawanan membuktikan betapa bernilainya Luis Suarez (gambar) untuk membawa Liverpool kembali ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England musim ini.
Bermula dari bangku simpanan pada aksi menentang Arsenal malam kelmarin, penyerang Uruguay itu bersama-sama Raul Meireles yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.
Gandingan dua pemain itu berjaya mencipta banyak peluang sekali gus dua jaringan terhasil menerusi gol sendiri Aaron Ramsey pada minit ke-78 dan jaringan Suarez pada penghujung perlawanan.
“Ia satu gandingan baik serta pertukaran yang berkesan. Bagaimanapun kami tetap gembira dengan aksi Andy Carroll dan Dirk Kuyt sebelum mereka dibawa keluar.
“Tapi apabila kami memiliki dua pemain berkualiti di bangku simpanan, tak salah untuk kami mempertaruhkan mereka,” kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Suarez sebelum ini menjaringkan gol tunggal Liverpool ketika seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi sulung minggu lalu.
Dalglish turut menegaskan betapa pentingnya untuk menguruskan pembahagian beban pemain bagi mengelak kecederaan sambil mengakui kesilapannya ketika meletakkan Suarez dalam kesebelasan utama menentang Sunderland.
“Minggu lalu mungkin saya tidak berlaku adil terhadap Suarez. Saya rasa tidak adil untuk dia yang baru kembali menyertai skuad. Saya lihat dia begitu hebat pada sesi latihan dan berasakan dia perlu diturunkan.
“Memang dia masih mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik pada perlawanan itu tetapi dia tidak dapat memiliki kekuatan sama seperti kebiasaannya,” jelas Dalglish.
Suarez, 24, baru saja kembali ke England selepas membantu Uruguay menjuarai Copa America dan muncul pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak empat gol. – Agensi
~Sumber dari Kosmo Online..

Utusan Malaysia turut sama menceritakan kehebatan LS7




p/s: Merujuk kepada Artikel Kosmo dan Utusan Malaysia ..jelas lah bahawa kelibat Luis Suarez (LS7) mula mendapat perhatian ramai..
Yeah....Pelaburan yang menguntungkan dengan menjual Toreh apabila mendapat 2 pemain sekaligus dan pulangan yg diterima amat berbaloi2...sekian. YNWA


fmk

Bolton bakal menguji skuad The Reds pada 27/8/11




Bolton merupakan cabaran ketiga yang perlu di hadapi oleh skuad The Reds. Keupayaan Bolton membelasah Queen Park Ranger (QPR) sebanyak 4-0 sudah membuka mata banyak pihak..


Malah tentangan sengit yang diberikan ketika menentang ManchesterCity  juga harus di ambil kira. Ketinggalan 2-0 tidak mematahkan semangat skuad Bolton apabila mereka masih mampu memberi tentangan sengit dan berjaya merapatkan jurang gol sekaligus memberi amaran kepada pasukan lain bahawa Bolton bukan pasukan yang boleh diperkotak-katikan


Semoga anak-anak buah King Kenny (KK) dapat memberi satu tentangan hebat kepada Bolton sekaligus mengutip 3 mata penting di Anfied kelak. Keep The Faith (KTF) and You'll Never Walk Alone (YNWA)


fmk

Badi selama 11 tahun di Stadium Emirates akhirnya berakhir..




Setelah hampir sebelas tahun iaitu dari thn 2000 liverpool tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan di Stadium Emirates stadium keramat Arsenal..Akhirnya...tanggal 20 Ogos 2011 menyaksikan Skuad kesayangan kite mengakhiri badi tersebut dengan kemenangan 2-0 ke atas skuad Arsenal yang menyaksikan The Gunner beraksi dengan 10 org pemain setelah salah seorang pemain Arsenal  Emmanuel Frimpong di arah keluar padang.




Permainan separuh masa pertama seimbang dimana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Barisan serangan yg dikendalikan oleh Andy Caroll smbil dibantu oleh Stewart Downing banyak mengucar kacirkan barisan pertahanan Arsenal tetapi rezeki tidak menyebelahi The Reds...disamping itu ,arsenal juga turut melancarkan serangan balas utk menguji barisan pertahanan yg diketuai oleh Jose Enrique...


Jentera serangan The Reds berubah apabila kemasukan Luis Suarez serta Raul Meirelles menggantikan Andy Caroll dan Dirk Kuyt sehingga menyaksikan goal sendiri oleh Ramsay pada minit ke 78 apabila terdapat pergelutan di depan gawang Arsenal sekaligus menaikan semangat The Reds untuk berjuang habis-habisan.


Luis Suarez ibarat Harimau yg kelaparan apabila pantas menyambar peluang yg diberi kan Raul Meirelles untuk menjaringkan gol kedua sekaligus memberi 3 mata berharga utk The Reds..YNWA


fmk

Saturday 20 August 2011

Lambang Liverpool akan bertukar tahun hadapan??


kemungkinan lambang liverpool akan bertukar wajah tahun depan merupakan satu persoalan yang bermain dikepala admin TIRF...Jom kite selidik.......


fmk

Friday 19 August 2011

TRANSFER RUMOURS

╔══════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════╗
☼ LIVERPOOL FC LATEST RUMOURS ☼
╚══════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════╝

* menurut sumber '' yg xbrape boleh dipercayai '' melaporkn gary cahill dlm p'jalanan ke anfield dan akan menyelesaikn kesepakatan dgn the reds dlm mase 24jam lg.. ( kmgkinan lepas b'buka esok ) huhu

* liverpool dikhabarkn tlh b'setuju melepaskn nabil el zhar ke pasukan di liga spain iaitu levante dgn kontrak 2 tahun.. ( gud luck 4 nabil.. ''anda ade 60 saat..'' hee )

* klub lille tlh meletakkan harga sbyk 26j kpd mane2 klub yg ingin memiliki ''ayam katek tambatannye '' eden hazard..liverpool dan arsengau dikatekn sedang berusaha mdptkn pemain tsebut... ( hrp la eaaa )

* david ngog tlh bersetuju untk menyertai bolton stlh the reds dan bolton sudah sepakat dgn harga yg ditawarkn bolton yg dipercai sbyk 4j.. ini menambhkn lg spekulasi bahawa liverpool kini sdg mcari penyerang baru bg mgantikan ngog.. (selamat tinggal ngog..jgn jd ngek sudaa... )

* liverpool kmgkinan akan terlepas utk mdptkn ryan shawcross stlh klubnye ''strok '' mberi amran dan tidak akan menjual ''bintang mereka itu.. ( cisss )

* the reds dan stoke dilaporkn '' berebut'' utk mdptkn pemain muda terbaik thn lps di liga 1 england dari klub crystal palace iaitu wilfried zaha yg baru ''akil baligh'' dan b'usia 18 thn.. reds tlh meletakkan harga sbyk 9.5j utk pemain bwh 20thn england tsebut..

* spurs dgn bangganye ingin mdptkan trio the reds iaitu lucas leiva,joe cole dan dirk kuyt jika mjual luca modric kpd chelshittt..( pale tengkorak reknapp..hehe )

* jose mourinho dikatekan sedang m'pertimbang utk mdptkn pemain ''pujaaan hatiku'' iaitu luis suarez selain cicakrito dan tevez utk m'perkuatkn pasukan nye yg xkuat tu.huhu.. ( jgn samp ku p sepak muka mourinho tu kang..haha )

¸.¤*¨¨*¤.¸¸...¸ .
\¸. ♥Liverpool♥ .¸
.\¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¸ .¤
..\
☻/
/▌
/ \ Justice for the 96.... Y ♥ N ♥ W ♥ A

SEKAIN
TERBAEK HANYE DI TIRF
SALAM RAMADAN KE 19 DAN SALAM JUMAAT

Thursday 18 August 2011

Intro~THIS IS REDS FAMILY

LOGO RASMI: THIS IS REDS FAMILY
                 design by :Ekram Firdaus Leive

This Is Reds Family atau lebih dikenali TIRF adalah salah sebuah group bebas yang lahir untuk memberi sokongan padu tidak berbelah bagi kpd pasukan LIVERPOOL FC (LFC) di Malaysia.


Ditubuhkan Oleh Hisyam Yasin pada 4 Februari 2011 dan mula aktif menerima keahlian 2 hari berikutnya iaitu 6 Februari 2011.Fokus utama Group ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul peminat LFC yg tidak berbelah bagi dari Seluruh Malaysia dan berkongsi pendapat,idea mengenai Pasukan LFC serta bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama peminat LFC.


Semoga blog ini dapat memberi lebih manfaat berguna kepada seluruh peminat LFC terutamanya ahli2 TIRF yg dicintai. YOU'LL NEVER WALK ALONE.(YNWA)




fmk



say what u want to say..YNWA


ShoutMix chat widget